Want your
own Fotopage?









 
Yatie's FotoPage

By: Nor ezy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 9-Apr-2009 08:03 Email | Share | | Bookmark
Salam...

Sekembalinya dari rehat yang panjang.......................................

opsssss.....abah singgah bebentar.........seronok tengok nor jejalan.............hahahahahah
gambo pun terang dan menarik..........

abh: nak simpan duit nak jejalak gak..........
Sun 31-May-2009 12:51
Posted by:abah along  - [Link]
Salam yatie
Apa khabar?
Lama tak dengar berita
Harap semuanya baik2 belaka hendaknya
Wed 3-Jun-2009 15:25
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 29-Jun-2009 02:51
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 13 comments Add comment


Friday, 16-Jan-2009 14:26 Email | Share | | Bookmark
Hong Kong Disneyland


























askum....ni dh balik mesia ke belum sbrnya nih..jenjalan sakan nih....
syok betul dpt gi jenjalan kat cni...
ida dok merap kat rumah dh 17 hr dh nih...hehehe
Sat 17-Jan-2009 04:29
Posted by:~ Idida aka Ummu Nafisa ~  - [Link]
Add comment


Friday, 16-Jan-2009 13:43 Email | Share | | Bookmark
Shenzhen - 4 Dec 2008



































Care to comment?


Friday, 16-Jan-2009 09:08 Email | Share | | Bookmark
Guangzhou

Pearl River, Guangzhou













Care to comment?


Thursday, 15-Jan-2009 10:42 Email | Share | | Bookmark
Guangzhou 2 Dec 2008


Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami ke Eihon iaitu pusat jualan keronsang. Bermacam2 jenis kerongsang, sepit rambut dan segala mak datuk aksesori wanita. Waktu nak balik, bas yang kami naiki rosak. (Ada yang tak mandi pagi kot..he..he..)


Di sini... alamak.. aku lupa lak nama dia...



makan malam di Beijing Lu.

















Care to comment?


Saturday, 20-Dec-2008 23:07 Email | Share | | Bookmark
Guangzhou, China - 2 Dec (Bahagian 2)

 
 
 
View all 5 photos...
Quote:
Maaf kerana agak lewat meng'update' dan melawat FP anda semua. Ayah tidak sihat kebelakangan ni atau lebih tepat sejak di HK lagi. Ayah pengsan ketika di sempadan China - Hong Kong dan telah dikejarkan ke hospital. Mungkin kerana aktiviti di sana terlalu padat dan ayah juga kurang makan. Walaupun makanan di sana (bagi aku la..) agak sedap namun sifat ayah yang terlalu memilih membuatkan dia kurang berselera ketika menghadapi hidangan. Pada hari Sabtu yang lepas sekali lagi ayah dikejarkan ke hospital setelah pitam buat kali kedua. Ayah diarahkan untuk membuat angiogram bagi memastikan keadaan jantungnya tidak bermasalah. Pada hari rabu lepas keputusan angiogram membuktikan jantungnya tidak bermasalah. Keesokkan harinya ayah keluar hospital namun petangnya keadaan ayah agak teruk memaksa kami memanggil doktor ke rumah. Doktor mengarahkan ayah dihantar terus ke hospital tanpa menunggu ambulan. Ketika itu dalam keadaan lemah ayah hanya mampu bercakap tanpa membuka mata. Keadaan agak kelam kabut. Sekali lagi ayah dikejarkan ke hospital. Kami di sana hingga jam 1 pagi. Ayah disahkan kekurangan oksigen setelah badannya kekurangan air (dehydrated). Keesokan harinya ayah dibenarkan keluar setelah dimasukkan 2 1/2 pain air. Petangnya sekali lagi keadaan ayah nampak lemah. Kami memaksa ayah minum dan diberikan minuman kesihatan (power bar-seperti 100plus tapi tanpa gas) utk mengembalikan tenaganya. Malamnya sekali lagi kami membawa ayah ke hospital dan di sana keadaan ayah agak baik dan ayah dibenarkan pulang. Hari ni keadaan ayah bertambah bagus. Tolong doakan ayah sihat.


Setelah melawat Masjid Huisheng kami dibawa untuk menikmati makan tengahari di restoran Abdullah Qinghai. Waktu zohor di sana agak cepat jadi sesampai di restoran Ustaz Mat Cina mengarahkan lelaki menunaikan solat zohor terlebih dahulu. Memandangkan surau yang disediakan di restoran itu agak kecil maka solat dilakukan secara bergilir2. Surau yang terletak di belakang restoran itu juga tidak diasingkan ruang solat dan tempat berwuduk bagi lelaki dan perempuan. (gambar tak de, sbb kamera tak bawak kat surau he..he..)











bersambung esok... dah tak larat la...


‘SELAMAT AWAL TAHUN HIJRAH 1430′

(1 Muharram 1430 / 29th December 2008)
Mon 29-Dec-2008 15:35
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
>> salam maal hijrah 1430...
>> selamat tahun baru 2009...
>> semoga tahun mendatang akan dipenuhi dengan kegembiraan, kejayaan dan kebahagian buat anda....
Mon 29-Dec-2008 18:26
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Salam Maal Hijrah 1430.. Selamat Tahun Baru 2009..
terima kasih kembali...
Tue 30-Dec-2008 09:11
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Thursday, 11-Dec-2008 23:16 Email | Share | | Bookmark
Guangzhou, China - 2 Dec 2008

Alhamdulillah berkat doa anda semua, kami sekeluarga selamat pergi dan pulang...

Dengan penerbangan Airasia AK88 kami bertolak dari LCCT Sepang ke Shenzhen pada 4.50pm bersama rombongan seramai 26 orang termasuk pemilik agensi Pelancongan Titian Permata En. Zolkeple Adam. Penerbangan memakan masa selama 3 jam 40 minit dan kami tiba jam 8.45 malam. Tiada perbezaan waktu di China dan Malaysia. Cuma di sana malamnya lebih awal sedikit jadi waktu solatnya lebih cepat. Sesampainya kami di Shenzhen International Airport, kami disambut pula oleh Ustaz Mohammad Ibrahim atau dikenali Ustaz Mat Cina merangkap pemandu pelancong kami di Shenzhen dan Guangzhou (sebutannya Guang Jo.). Kemudian kami dibawa pula ke Guangzhou dengan bas. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 45 minit sebelum kami check in di Hotel Paning. Disebabkan jam dah menunjukkan angka 11.. makan malam dihantar ke bilik. (Masa ni dah tak lalu nak makan lagi dah... penat sesangat... )

Di sini subuh awal jadi seawal jam 5.30 pagi dah bangun utk mandi dan solat subuh. Cuaca agak sejuk.. jadi bila dah dok kat air panas tu rasa macam tak nak keluar dari bilik mandi . 07:00am sementara menunggu sarapan di hantar ke bilik kami berjalan-jalan di luar hotel. Suasana di luar agak sibuk kerana waktu bekerja dan sekolah. Jadi kelihatan orang ramai berpusu2 berjalan kaki menuju ke destinasi masing2. Ada juga yang menunggu bas dan yang menaiki basikal. Untuk pengetahuan semua, tiada motosikal di China kerana pada 2007 pengunaan motosikal telah dimansuhkan di bandar2 besar di China. (sebagai langkah mengurangkan jenayah ragut dan kemalangan).



08:00++am sarapan pun tiba. Kami menikmati mee tarik .. emm... aku lupa lak nama dia (mee ni dibuat tanpa menggunakan mesin. Tarik2 dengan tangan terus jadi mee.) bersama sebotol orange juice. Agak sedap juga orange juice keluaran coca-cola ni.. .




sementara menunggu bas.

School uniform di China. Pada musim panas, mereka cuma memakai t-shirt dan track bottom. Sekarang ni dah masuk winter jadi ada sweater kat luar.

09:00am bas datang dan kami dibawa untuk melawat Masjid Huaisheng iaitu masjid tertua di China yang dibina pada tahun 627M, ketika zaman pemerintahan Dinasti Tang atau awal pemerintahan Dinasti Song. Terletak di Guangta Road, Huai Sun Su Street, Guangzhou. Masjid ini dibina oleh bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W iaitu Saad bin Abi Waqas, utusan yang dihantar untuk mengembangkan ajaran Islam di China. Nama lama bagi Guangzhou adalah Canton yang mana terdapat lebih kurang 40,000 - 50,000 orang Arab yang masih menetap di sini. Jadi tidak hairanlah kalau di sini lebih mudah untuk mendapat makanan halal berbanding lain-lain tempat di China.



bersama dengan ustaz dan ustazah dari Darul Shifa, Bangi yang merupakan sebahagian dari ahli rombongan.



Selesai melawat Masjid Huaisheng kami menuju ke Pusat jualan barangan digital dan sutera. (Di sini tak de gambar sebab dah berpecah. Yang perempuan ke Pusat jualan sutera dan lelaki ke barangan digital. Utk pengetahuan semua kali ni gambar semua di ambil oleh husband aku.. kira2 aku gantung kamera la kali ni. Tak larat nak bawak oo.. berat... body, lens 2 bijik + sb lagi.. mau ghebeh bahu sebelah..he..he..) .

Entry selepas ini... makan2... di Restoran Abdullah Qinghai..

p/s : Terima kasih kak Rinn (Rinnchan.fotopages.com) kerana bagi tips tawar menawar di Guangzhou.

salam akak yatie...
dah balik rupanya...musim sejuk ek kt sana..
ni mesti shopping sakan nie..

kak .nak tau..brp package pegi china nie...
mana tau ada rezeki lbh tringin gak nak pi...
Fri 19-Dec-2008 09:13
Posted by:Ita @ mama Dina & Nafiz ita_0910@yahoo.com.my  - [Link]
salam kak.........
waaa dah sampai ke nun seberang sana yer...
sonoknya pi bercuti kak........
sejuk yer kat sana.............
bilalah nak smpi sana tak taula kak.....
nengok org je laaa.......................
Sat 20-Dec-2008 05:02
Posted by:~fiza~  - [Link]
ucu cmne nk letak name org kt tepi kiri tu eh?
tak thu la. hoho..
Mon 29-Dec-2008 06:24
Posted by:aika rainbowaika@yahoo.com
View all 43 comments Add comment


Saturday, 29-Nov-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
Bercuti..................




Doakan semoga kami selamat pergi dan selamat pulang....


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha...

salam aidiladha kak..dah balik dr holiday blom nie...
x sabaq nak tggu entry pi holiday plak nie...
mesti byk shiopping kt sana kan...
Thu 11-Dec-2008 05:57
Posted by:Ita @ mama Dina & Nafiz ita_0910@yahoo.com.my  - [Link]
bestnya bercuti...
saya baru perasan message tuhh...
klu belkang terang tuh ya... set kamera ke (M)
gunakan iso yang rendah, (ISO 100)
shutter speed yang tinggi (MIN 250)
aperture yang tinggi (MIN
flash pun manual, klu SB 600 saya x pasti , sbb kena tgk jarak... (saya x pernah guna TTL setting, jadi kena tgk keadaan)
nanti saya nak wat jmpa sape yang minat nak belaja, & ianya percuma..
maybe bln January 2009.
pepehal saya bgtau!
Thu 11-Dec-2008 16:19
Posted by: راسيدي K a K i F o To  - [Link]
Bestnye dpt g holiday...
Tue 16-Dec-2008 15:15
Posted by:nabina20 nabina20@yahoo.com.my
View all 34 comments Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 14:20 Email | Share | | Bookmark
Hari Penyampaian Hadiah

16hb Nov bersamaan hari Ahad merupakan hari penyampaian hadiah tadika... 3-4 hari sebelum memang merupakan hari2 yang sibuk...( entry utk wardina tu dah aku siapkan awal2. He..he.. .). Bukan senang nak menjayakan satu2 majlis hatta majlis sekolah tadika sekalipun. Bermacam benda perlu difikirkan.. dari penyediaan costume utk persembahan hinggalah ke penyediaan makanan utk jamuan. Tu belum lagi termasuk cenderahati utk tetamu jemputan.

Sehari sebelum tu kami sibuk membeli barang2 yg diperlukan (mana2 yang tercicir) lepas tu siapkan goodies utk pelajar (yg. ni rasa macam kenduri kawin pun ada gak) dan akhir sekali kami menyiapkan pentas dari pukul 6ptg - 8.30 mlm. Siap solat maghrib atas pentas lagi... suspen gak nak masuk toilet ... dah ler cikgu sekolah tu (yg membantu menyiapkan pentas) cerita yang pelik2 pasal sekolah tu.. . Punyalah sibuk hinggakan tak berkesempatan memenuhi jemputan Niza et Sofia.. sempena ulangtahun Sofia yang ke dua. Niza siap email lagi menjemput.. tapi malangnya aku memang tak sempat walaupun cadangnya aku nak lari sekejap ke Klang tu.. . Maaf ye Niza... memang tak de rezeki la kita nak jumpa...

Acara bermula jam 9.00a.m.





















Cikgu yang bertanggungjawap dalam menghias pentas. Ktorg cuma tolong2 je....








Masa ni je aku sempat pegang kamera yang lain husband aku yang ambil. Apa2 pun terima kasih Papa kerana sudi jadi OP hari tu..he..he..


Amie...

Ini anak sedara aku yang banyak membantu...
"Terima kasih Amie.. ucu hargai segala penat lelah Amie dalam membantu menguruskan Tadika tu.. walaupun pada mulanya Amie cuma ingin bekerja sementara menunggu Konvo akhirnya setelah penat ucu memujuk, Amie bersetuju menunggu hingga akhir tahun. Ucu doakan Amie berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini."




Quote:
utk pengetahuan semua... tadika ini milik seorang sahabat yang ke luar negara. Saya cuma membantu menguruskan tadika ini.

Teringat zaman tadika dulu.Suka bermain-main. Fri 28-Nov-2008 09:59
Posted by:M. Amirul Amsyar  - [Link]
Lagu Auld lang syne ni teringat masa jadi pengakap dulu ...................
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
hilang dimata jangan hendaknya lupa........
Fri 28-Nov-2008 13:52
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
time kasih sudi singgah ya.

<>iye la...wat ngan tuala kecik je kan.kiut je...time2 boring tu.mcm2 leh jadi.kertas buku tu leh lipat2 jadi bakul sampah. same r ngan saya time skol lu.
ala kak,same je.nak jadi penyu tu akak ikat je kat pale dia ngan getah.jd r dia.
Sat 29-Nov-2008 01:47
Posted by:ckyn ckyn_bess020401@yahoo.com  - [Link]
View all 51 comments Add comment


Friday, 14-Nov-2008 06:17 Email | Share | | Bookmark
Dunia Aku...............

Inilah dunia aku......... kalau korang diluar sana hanya punya 1...2...3... orang anak tapi aku punya hampir 40 orang. Yang mana aku amat memahami hampir kesemua karektor anak2ku.. . . Melayani kerenah mereka memang memeningkan namun kadangkala amat menghiburkan.... Bagi aku, apa jua perbuatan mereka adalah yang paling ikhlas. Amat berbeza jika berurusan dengan yang dewasa....setiap perbuatan tidak mencerminkan keikhlasan.


Sebahagian dari anak2 aku..... yang lain dah cuti awal he...he..










Nur Farah Wardina ....
Seorang anak yang comel dan dilahirkan cukup sempurna. Comel, bijak dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Bagi aku anak kecil ni dilahirkan dengan pakej yang menjadi impian setiap ibubapa. Semoga besar nanti Wardina akan menjadi kebanggaan kedua ibubapanya..

Penggal persekolahan telah berakhir dan aku pasti merindui mereka....

** sebenarnya terlalu banyak pengalaman lucu bila berada dikalangan kanak2 ni.. nanti aku akan berkongsi cerita dientry akan datang. Buat pedoman utk ibubapa yang mempunyai anak2 yang berada dalam lingkungan umur begini. Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa diluar sana mengenai kanak2. Jangan ingat anak-anak kecil ini tak tahu apa2. Dalam diam mereka boleh bercerita segala-galanya. Walaupun kadangkala anak anda itu nampak pendiam ..he..he...

tie, makasih rendang yang sodapp itu ez cakap ponek dia kacau..iyo ko? apa pun telah habis dibalun.tie suka la citer pasal pokok ni haa..nanti kalau menjadi rasberri you tu..pas la kat sini...bestnyer pokok grapes tak kira lah masam..suka tengok buah tu haa..mana pergi cuti sekolah ni? Thu 20-Nov-2008 04:18
Posted by:zuraidah zuraidah@tv3.com.my  - [Link]
terima kasih kak yatie Tue 25-Nov-2008 06:08
Posted by:bighafidz agmnhob@gmail.com  - [Link]
hua,,,rndu owh kat ank ksygn ni hah... Mon 8-Dec-2008 14:11
Posted by:amie incredible_emy@yahoo.com
View all 35 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.