Maaf kerana agak lewat meng'update' dan melawat FP anda semua. Ayah tidak sihat kebelakangan ni atau lebih tepat sejak di HK lagi. Ayah pengsan ketika di sempadan China - Hong Kong dan telah dikejarkan ke hospital. Mungkin kerana aktiviti di sana terlalu padat dan ayah juga kurang makan. Walaupun makanan di sana (bagi aku la..) agak sedap namun sifat ayah yang terlalu memilih membuatkan dia kurang berselera ketika menghadapi hidangan. Pada hari Sabtu yang lepas sekali lagi ayah dikejarkan ke hospital setelah pitam buat kali kedua. Ayah diarahkan untuk membuat angiogram bagi memastikan keadaan jantungnya tidak bermasalah. Pada hari rabu lepas keputusan angiogram membuktikan jantungnya tidak bermasalah. Keesokkan harinya ayah keluar hospital namun petangnya keadaan ayah agak teruk memaksa kami memanggil doktor ke rumah. Doktor mengarahkan ayah dihantar terus ke hospital tanpa menunggu ambulan. Ketika itu dalam keadaan lemah ayah hanya mampu bercakap tanpa membuka mata. Keadaan agak kelam kabut. Sekali lagi ayah dikejarkan ke hospital. Kami di sana hingga jam 1 pagi. Ayah disahkan kekurangan oksigen setelah badannya kekurangan air (dehydrated). Keesokan harinya ayah dibenarkan keluar setelah dimasukkan 2 1/2 pain air. Petangnya sekali lagi keadaan ayah nampak lemah. Kami memaksa ayah minum dan diberikan minuman kesihatan (power bar-seperti 100plus tapi tanpa gas) utk mengembalikan tenaganya. Malamnya sekali lagi kami membawa ayah ke hospital dan di sana keadaan ayah agak baik dan ayah dibenarkan pulang. Hari ni keadaan ayah bertambah bagus. Tolong doakan ayah sihat.
Setelah melawat Masjid Huisheng kami dibawa untuk menikmati makan tengahari di restoran Abdullah Qinghai. Waktu zohor di sana agak cepat jadi sesampai di restoran Ustaz Mat Cina mengarahkan lelaki menunaikan solat zohor terlebih dahulu. Memandangkan surau yang disediakan di restoran itu agak kecil maka solat dilakukan secara bergilir2. Surau yang terletak di belakang restoran itu juga tidak diasingkan ruang solat dan tempat berwuduk bagi lelaki dan perempuan. (gambar tak de, sbb kamera tak bawak kat surau he..he..)
LAMER AZUE X MASUK SINI RUPER2NYER AKAK KITER PERGI BERCUTI...AYAH AKAK DAH SIHAT KERR?BESTNYER NAMPAK MAKANAN ATAS MEJA TUHH...SEDAPPNYER...YUMMY..YUMMY...
hi yatie,tak tau ayah yatie sakit until yatie cakap,ye la si ez tu mana ler nak cakap sian dengar..saya doakan dia cepat sembuh ye..ye la yatie selera orang tua ni lain sikit..halal pun,bau,la bentuk la semua dia particular.Hmm kalau saya pun samlah dengan yatie nampak food semua sedap tu..dulu masa pi hong kong dengan company memang ada pi chinese muslim restuarant jugak..masa time dato mohd rahmat jadi menteri penerangan dulu pulak kita orang makan kat malysian curry house kat hong kong island,curry kepala ikan etc..sam jer cam food kat sini,dah owner cina malaysia.saya cuma pernah masuk sempadan china dari hong kong jerr..best pengalaman tengok tempat orang kan hmm lepas ni mana la nak pi lagi ni?saya ni nak bawak kenits pi domestic cuti2 pun tak sempat lagi
salam yatie..
pray for ur ayah..semoga cepat recover, fully recover. brapa umurnya?
betul cakap kak zue, org tua ni choosy sikit bab makan. bukan mcm kita, boleh ajer nak try test rasa . mak saya tp mmg nampak menyelerakan la lauk2 kat situ...
moga ayah yatie sihat walfiat semula.......... sedap nampak menu2 tu ye........nsb kt sana senang nk cari restoren halal.......
brp pakej yatie gi China ni?
semoga ayah yatie cepat sembuh ya.... sorry sangat sebab tak dapat amik tempahan dari awak... saya betul2 dah penuh sangat order minggu ni.. insyaAllah next time saya akan penuhi order dari yatie ye
>> boleh dijadikan rujukan ni since mmg planning nak ke sana...
Mon 22-Dec-2008 19:08 Posted by:<< jeff >> - [Link]
Wah, yatie.. mmg sedap nampak makanan yg terhidang tu.. kita yg muda2 mmg tu ler yg sedap.. org tua mmg ler kan.. lagi2 pulak kalau dah penat, tk sihat.. tp ur mom dlm gambar ni nampk sihat ye u.. Semoga ayah mama cepat sembuh dgn baik ya.
**Haaa, i pun ada terpikir.. ok tu awal muharam ni Bdk2 tu mg harus i hntar tu.. my blood goes up already.. mana taknya, i balik aje.. soalan standard.."my, jadi ke pegi rumah mama?... my, why 25th baru nak hantar? kenapa tak esok aje hantar.." huh!
..ok jugak begini.. menu nampak macam kebiasaan di negara kita jer..
tak payah susah2 makan makanan2 campuran...
kekadang sukar nak terima masakan yang pelbagai dari negara luar..
risau yang tak boleh masuk jer..
>> salam maal hijrah 1430...
>> selamat tahun baru 2009...
>> semoga tahun mendatang akan dipenuhi dengan kegembiraan, kejayaan dan kebahagian buat anda....
Mon 29-Dec-2008 18:26 Posted by:<< jeff >> - [Link]
Salam Maal Hijrah 1430.. Selamat Tahun Baru 2009..
terima kasih kembali...