Want your
own Fotopage?







 
Yatie's FotoPage

By: Nor ezy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Sep-2009 05:41 Email | Share | Bookmark
Gambar Sebelum Merdeka.....

090909.


Sepatutnya entry ni dibuat sebelum sambutan hari Kebangsaan tempohari tapi terlewat la pulak. He..he..
Kemas2 rumah nak raya ni jumpa pulak gambar-gambar zaman dolu-dolu ni.. nak pulak rasanya berkongsi di sini.

Kalau biasanya yang penuh dalam FP ni gambar2 pengantin terkini. Apa kata kita tengok pulak gambar2 pengantin 50 tahun yang dulu dan lihat perbezaannya. Masih sama tapi berbeza.. emm... apa bezanya... ok.. jom layan.....

Kalau kita lihat di sini. Pengantin perempuan tak senyum pun berbanding dengan pengantin sekarang. Setelah kajian dibuat, aku membuat kesimpulan bahawa:-

a. Mungkin pengantin telah dijampi oleh mak andam supaya berkelakuan sopan sepanjang majlis. (mak andam dulu2 kan penuh jampi serapah..he.he..)

b. Pengantin kurang bersetuju dengan calon pilihan keluarga. Seperti yang diketahui umum, perkahwinan dulu2 99% ditentukan oleh keluarga tak macam sekarang... 99% pilihan sendiri tapi kenapa kadar penceraian tinggi berbanding dulu ye ?. Mmmm...

c. Sanggul lintang terlalu berat. Untuk pengetahuan anda sanggul lintang dulu2 berkilo2 beratnye.. berbanding dengan sekarang. Jadi tak mustahil la pengantin tadi masam mencuka. Mmm... bukan senang nak kasi kepala balance tau. Berjam2 bersanding tu.. he..he..

Ada sesapa lagi mau tambah ? he..he..





Bagi aku, pelamin yang digunakan di sini amat kreatif. Seolah-olah pengantin berada dalam kelopak bunga gitu. Pelaminnya pun kecik je.. tak de la macam sekarang ni, aku rasa size pelamin sekarang ni makin lama makin melampau2 la pulak gedabaknya.
Pakaian yang dipakai, aku rasa ini adalah persalinan baba dan nyonya. Mmm... ada sesapa yang tahu ??

Aku tak pasti jenis kamera yang digunakan tapi yang pasti kedudukan photographernya kurang sesuai hingga mengakibatkan gambar pelamin hilang separuh.





Dulu pun hantaran sikit je.... 5 berbalas 7. 7 berbalas 9. Paling banyak pun 9 berbalas 11. Tapi sekarang ni dah lain.... 15 berbalas 17. 19 berbalas 21.. tu kira biasa. 25 berbalas 35... tu aku yang tambah he..he... Tu belum kira barang yang dijadikan hantaran. Makin merepek2 la pulak. Biasa dulu, duit mas kahwin, tepak sirih, sepersalinan baju dan satu jenis kuih - samada bahulu atau kek tanpa krim. Sekarang ni... ha..ha.. tak payah aku terangkan.. korang pun tau kan.. handphone la.. pda la... laptop la... dan tah hapa2 lagi.. . Tak masuk lagi jenama2 yang menghiasi di atas setiap barangan hantaran. mm... tak dapek nak nolong.






Dulu-dulu pun ada majlis dalam dewan.. tapi .. apsal belakang dewan berselerak ek ? he..he.. . . Maaf, gambar pengantin terpaksa dihitamkan atas sebab-sebab tertentu. . Aku agak tertarik dengan hidangan atas meja tu, agak simple tapi menarik. Agak2 korang apa benda tu ye... mungkin coklat ?. Kelihatan cop atau logo di atas kepingan benda tu. Satu bulat, satu lagi empat segi tapi kenapa dihidangkan coklat ?.



Dulu seluruh cheras masih berada dalam kawasan Kuala Lumpur. Kemudian (aku tak pasti tahun berapa) Cheras dibahagikan kepada 2 iaitu Cheras, Selangor dan Cheras Kuala Lumpur. Aku tau ni pun sebab surat beranak ayah tulis tempat lahir dia Ceras, Kuala Lumpur.

Kalau dulu, dorang guna orkestra. Nama orkestra ni Fajar Baru Kajang. Aku tak pasti pulak kenapa pengantin perempuan pakai gown dan yang lelaki pakai baju melayu. Nampak pelik la..

Ni gambar nenek saudara aku. Adik pada arwah atuk sebelah ayah. Gambar ni memang kenangan sungguh sebab aku cilok masa main bawah rumah tu la. Masa aku kecik2 dulu, aku suka main bawah rumah (ada store kat bawah rumah tu selepas diubahsuai). Aku selongkar store rumah tu dengan 2 org lagi dua pupu aku. Aku jumpa banyak gambar2 lama dalam envelope. Mungkin dari kecik aku mmg minat gambar2 ni, aku pun cilok la beberapa keping. Nasib baik gambar2 ni dapat diselamatkan sebab lepas tu sorang sepupu ayah yang tinggal kat situ dia ubah lagi bahagian bawah rumah tu dan dia buang barang2 lama termasuk semua gambar2 yang ada dalam store tu. . Sayang... mmg banyak gambar dalam store tu. Kalau aku tau, aku cilok semua gambar yang ada. . (Ya Allah... ampunkan dosa aku sebab ambik gambar tersebut tanpa kebenaran).

Sekarang ni dah lain sesangat rumah tu. Atap, dinding, tingkap malahan keseluruhan rumah telah berubah. Rumah tu asalnya milik moyang aku iaitu datuk kepada ayah tapi aku tak pernah jumpa moyang aku sebab masa aku lahir, mereka dah pun meninggal dunia. Masa kecik, aku selalu juga bermalam di situ. Masa tu, suasana rumah agak menyeramkan. Malamnya hanya diterangi lampu mentol lebihkurang 10 - 15 watt. Tak ada lampu kalimantang de. Suasana suram je. Baik siang, maupun malam. Aku juga pernah menyelinap masuk ke dalam salah sebuah bilik. Terdapat botol2 yang penuh dengan pelbagai spesis serangga yang masih hidup. Aku tak pasti apa tujuan tuan punya serangga itu. Ilmu apakah yang dituntut ?. Ataupun mungkin dia sedang membuat kajian ke atas serangga2 tersebut. He...he..

Khabarnya juga tiang seri rumah tersebut makin lama, makin mendap seolah2 terdapat lubang di situ. Ayah juga pernah bermimpi arwah datuknya meminta untuk mencari sesuatu di situ tapi bagi ayah, mimpi itu hanya mainan tidur. Bagi aku.. ianya penuh misteri. he..he..

Zaman Jepun dulu, mmg arwah datuk ayah pernah menanam 2 takar duit syiling berhampiran rumah namun selepas perang duit tersebut hilang begitu sahaja. Mungkin duit tu telah di ambil oleh seseorang atau telah dialihkan oleh sesuatu. Mungkinkah duit2 tersebut telah beralih di bawah tiang seri tersebut ?. Aku pun tak pasti dan yang pastinya........jangan biarkan diri anda diselubungi misteri... ha..ha... (Mmm... entah2 tak bayar zakat kot.. tu yang ilang tu.. ha..ha...)

Namun memori aku bersama rumah tu tetap terpahat dalam ingatan. Ayah dan salah seorang kakak aku juga lahir di rumah itu.

Bersambung..... nak tau sejarah tapak Mid Valley Megamall? cerita menangkap ikan mabuk di sungai kelang tepi Mid Valley, gambar Almarhum Tn. Sheikh Mahmud Al-Bukhari (Siapa Tn. Sheikh Mahmud Al-Bukhari?).. nantikan diepisod2 akan datang.



Ermmm.... banyak perbezaan dulu dan skrg... tapi kalau tak de dulu.. tak de la sekarang... ermmm betul tak... hehehehe
skali skala merombak kembali nostalgia silam ni.. memang best.. teringat time2 tok2 kita kan.. mak/abah kita... huhuhu.. mak/abah.. cek nak balik lagi 10 hari... huhuhuhu.. (syahdu ler plak..)
re: thanks a lot for your wish to Sakinah.... ermm start cuti sabtu ahad ni.. leh la wat kuih raya dah... kan... ermm betul tak.. kalau tak.. tak de masa lapang lak nanti.. kan..
Wed 9-Sep-2009 04:00
Posted by:Jassnani jassnani@yahoo.com.my  - [Link]
wahh dah berfp balik rupanya gambar pengantin hitam putih tu dulu saya ada,gambar abang no1&2 masa dulu,seluar kecik kaki..memang nostalgia tak simpan baik2 now mana tah Wed 9-Sep-2009 07:33
Posted by:zuraidah zuraidah@tv3.com.my  - [Link]
salam yatie.....
lama sya x msk sini, ingatkan yatie x update2 lg.....
mmg byk perbezaan diantara pengantin dulu dan skrg.....
gambar2 lama ni mmg mempunyai sentimentel value........
Wed 9-Sep-2009 14:30
Posted by:baayah  - [Link]
Rasanya banyak lagi gambar dulu2kan..........nie kalau NST buat peraduan gambar2 lama boleh htr nie. Wed 9-Sep-2009 14:50
Posted by:along
Salam yatie
Menariknya episod Gambar Sebelum Merdeka ni
Seronok tengok gambar dan baca catatan yg yatie hidangkan.
Tak sabar nak menantikan episod seterusnya
Kalau dah upload nanti, bagitahu abg meor tau
:: Mai la amek kad raya kat fp abg meor ye
Wed 9-Sep-2009 17:25
Posted by:meorjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
uuhhh nostalgianya gambar2 niii...
tp pelamin gbr 1st tu mmg comel ler....kretip jugak depa ni yer...
tp sy pon pasan kalo tgk gbr kawen org dolu2 mmg xsenyum...serius jer hihi
sakura nak bg kad raya ni...sila la amik yer...
Wed 9-Sep-2009 18:58
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.