 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Yatie's FotoPage
By: Nor ezy
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 11-Sep-2009 00:24 |
Email | Share | Bookmark |
|
Sambutan Maulidurasul .... Kg. Hj. Abdullah Hukum sekitar 40'an
|
|
Sebenarnya saya ada banyak lagi koleksi gambar pengantin dulu2 tapi saya tertarik untuk menyiarkan beberapa keping gambar yang bagi saya mempunyai nilai sejarah.
Gambar lelaki berbaju hitam adalah Hj. Mahmud b. Hj. Abdullah Hukum, pewaris Kg. Hj. Abdullah Hukum dan sekarang kg. tersebut diwarisi oleh Hj. Mohd. Amin @ Kamarudin b. Hj. Mahmud.
Ini gambar sewaktu sambutan maulidurasul sekitar tahun 40'an. Mak saya sendiri tak pasti samada tahun 46 atau awal daripada itu. Gambar ini berlatarbelakangkan stesyen janakuasa letrik LLN (Tenaga Nasional Berhad) yang terletak di Bangsar sekitar tahun 40'an.
Menurut mak, tanah tapak stesyen tersebut telah diberikan oleh Hj. Abdullah Hukum. Yang ni,saya tak pasti kesahihannya tapi yang pasti keturunan Hj. Abdullah Hukum memang ramai bekerja di LLN (TNB). Bukan setakat di Bangsar tetapi merata2 Semenanjung sejak dulu lagi.
Pada sambutan Maulidurasul biasanya penduduk kampung membuat replika sampan seperti gambar di atas. Dalam sampan tersebut akan diletakkan bunga telur dan diarak keliling kampung sambil berselawat dan bertahmid. Setelah diarak sekeliling kampung, destinasi terakhir adalah surau kg. tersebut. Di sana diadakan kenduri dan bunga telur akan diagihkan.
Dapat dirasakan kemeriahan sambutan Maulidurasul suatu ketika dulu. Yang pastinya sekarang, generasi muda lebih teruja utk menyambutnya di pusat membeli-belah.
Oh! ye, sebut tentang pusat beli belah, teringat pulak akan Mid Valley. Menurut mak, sekitar tahun 40-50an tapak Mid Valley adalah tempat penyembelihan yang dipanggil paun. Di situ juga letaknya ladang ternakan yang besar milik seorang lelaki berbangsa Pakistan yang kaya (mak sendiri tak pasti bangsanya kerana apa yang dilihat dari wajahnya yang berkulit putih seakan2 org pakistan, memakai songkok tinggi berbulu kambing, berkot (coat) dan berkain pelikat, juga membawa sebatang tongkat). Pekerjanya ramai dan merupakan sebangsa dengannya. Dari 'paun', daging tersebut dibawa ke pasar besar yang sekarang ni telah menjadi Pasar Seni @ Central Market untuk dijual.
Sg. Kelang yang memisahkan Kg. Hj. Abdullah Hukum dengan Mid Valley juga membawa kenangan pada mak. Setiap kali selepas hujan panas maka muncul fenomena ikan mabuk. Seluruh penduduk kampung seakan berpesta menangkap ikan yang timbul di permukaan sungai kelang. . Maaf saya sendiri tidak pasti apa kaitan hujan panas dan ikan menjadi mabuk.
Ini pula adalah gambar Almarhum Tuan Sheikh Mahmud Al-Bukhari, merupakan seorang ulama terkenal di Selangor yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama antaranya Almarhum Datuk Ishak Baharom, Tan Sri Hassan Azahari dan Dato' Ismail Kamus .
Khabarnya juga beliau adalah Pengetua Kolej Islam Kelang yang pertama. (Sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah)
Gambar ini diambil ketika majlis perkahwinan Hj. Mohd Amin b. Hj. Mahmud (yang duduk disebelah kiri beliau) iaitu pewaris Kg. Hj. Abdullah Hukum.
Harapan saya agar rumah ini kekal dipelihara sebagai mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam membangunkan Kuala Lumpur.
** 2 org kakak saya (yg bertudung putih dan kuning duduk di tangga paling atas) juga lahir di rumah ini.
Anda juga boleh melihat gambar rumah asal dalam link berikut : Anjunglarik Blogspot gambar tersebut diambil ketika sambutan 100 tahun Hj. Abdullah Hukum.
Bersambung....
Serba sedikit mengenai Hj. Abdullah Hukum,
asal usul nama Kg. Datuk Keramat, apa kaitan keramat Tok Baki dengan Hj. Abdullah Hukum. Kaitan Hj. Abdullah Hukum dengan Hj. Mohammad Taib (Lorong Hj. Taib). Adakah masjid India masjid pertama didirikan di Kuala Lumpur ? Apa cerita pula dengan Masjid Jamek ? Nantikan episod seterusnya.
** Saya tertarik untuk berkongsi cerita demi memastikan generasi akan datang mengetahui sumbangan Hj. Abdullah Hukum dan nama Abdullah Hukum tidak akan tersisih oleh arus pembangunan. Sementelah lagi rumah pusaka peninggalan Hj. Abdullah Hukum menunggu masa untuk dirobohkan. .
Terima kasih atas kad ucapan yang diberikan.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|