 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Yatie's FotoPage
By: Nor ezy
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 20-Oct-2009 23:27 |
Email | Share | Bookmark |
|
Layan Sunset
|
|
Maaf atas kelewatan mengemaskini Fotopages saya. Bukan disengajakan tetapi budaya orang melayu menyambut hari raya selama 'sebulan terus' mengakibatkan masa yang terluang telah diisi dengan sessi makan-makan, rumah terbuka, suaikenal dan lain-lain yang berkaitan dengan raya. Kalau nak ikutkan, dulu-dulu raya taklah macam ni. Sekarang ni, jarak antara Aidilfitri dan Aidiladha tu terlalu singkat dan kemeriahan Aidiladha tak dirasai. Dulu tak de la sambut aidilfitri tu sebulan. Tak ada open house tiap-tiap minggu sepanjang syawal. Ye la.. dulu orang berada tu kurang, makan pun cukup-cukup untuk keluarga. Sekarang ni orang kaya ramai.. tak pun bank-bank pun banyak... tak de duit swipe je.. . Biar pape asal bergaya. Kiranya akhir bulan syawal tu duit sampai dah kering kontang. Mana taknye, dengan duit kuih raya, duit tol, nak bagi anak-anak sedara duit raya, dah abih seminggu raya nak buat open house lagi. Dah buat open house, mestilah kelengkapan rumah nak serba baru. Baru kawan-kawan kagum dengan hutang yang kita buat sempena raya ni. Al-maklum la ... raya setahun sebulan...(bukan setahun sekali ye.) He..he.. Mmmm.... tak dapek nak nolong.
Tu belum kira yang beli kereta baru sebelum raya, ye la nak bergaya keliling kampung. Baru la orang kampung terbeliak bijik mata. Mesti ada mak cik-mak cik yang terlopong pastu menyesal seumur hidup pasal tak ambik buat menantu. Ha..ha.. (ni bagi yang lelaki la...).. yang pompuan lak.. mesti bangga dapat suami kaya raya. Kereta menjalar depan rumah mak kita. Namun hakikatnya orang-orang KL ni...abis raya , anak beranak telan maggi. Jadi bila nak makan sedap tiap2 minggu pergi la open house. Sebenarnya bagus juga konsep rumah terbuka ni, kiranya untuk membantu golongan yang dah kekeringan duit untuk menjamu selera sementara menunggu gaji yang akan datang. he..he... Hujung-hujung Syawal pula menjadi hari-hari sensitif . Pantang sebut pasal RM.. mula la tarik muka sedepa. Dah la kawan2 office sibuk buat kutipan derma untuk sambutan raya. Anak-anak pun tak ketinggalan untuk jamuan kelas. Sekolah agama, sekolah kebangsaan, kelas tuition... semua nak buat jamuan juga yang pasti memerlukan RM. Kalau anak 6 orang pasti membuatkan kepala pusing dan alternatif terakhir, saki baki kuih raya yang kadangkala hampir lemau tu dijadikan juadah buat jamuan anak-anak.
Gambar ni diambil di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka. Ia diambil ketika saya dan keluarga suami membuat 'Family Trip' ke Melaka.
Entry sebelum ini akan disambung nanti.. ada lagi bahan yang masih tidak lengkap untuk dipaparkan di sini.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|