Yatie's FotoPage -  - Fotopages.com
<width>40</width>
<height>60</height>
FRIM KEPONG BERSAMA Pencala Fotopages.....
<description>Outing kali ni dibuat di FRIM Kepong.  Sepatutnya perjumpaan pukul 7.45pagi tapi aku lambat sampai.  Pukul 8.20 baru sampai.  (last minute anak2 aku nak ikut.. tu yang lambat tu...) Terkejut tengok semua dah sampai dan aku orang yang terakhir sebab sebelum ni, masa outing kat Zoo Negara, janji pukul 10.30pagi kul 11.00 baru dorang datang... aku dah tunggu sejak dari 10.15 lagi tapi kali ni dorang cepat la pulak.  Apa-apa pun aku nak minta maaf sebab aku lambat maka dorang semua terpaksa menunggu.  Minta maaf banyak-banyak ye... .   Dah ler tu.. aku bawak dorang panjat bukit utk tengok air terjun tapi air terjunnya tak ada.... masa aku pergi dulu banyak la pulak.. siap ada orang mandi lagi kat situ.  Mungkin dah lama tak hujan kot.   Jadi minta maaf sekali lagi sebab korang suma dipaksa exercise.   Tak pe la dik.... sekali-sekala.  Akak yang dah tua dan anak dua ni pun larat takkan korang suma tak larat kot... :-D  :-D.    First time akak panjat bukit kat FRIM (naik canopy walk)ni  masa pregnant sebulan lebih anak yang sulung ... masa tu tak tau lg pregnant... sib baik tak de apa2... jadi korang yang sihat walafiat ni... takkan tak bleh panjat kot.   ;-)  ;-) .  (http://azu1967.fotopages.com(Cik Azu) ... kalau tak caya tanyalah Kak Amal. he..he..) 
Pengalaman memanjat bukit ke canopy walk di Poring,  Sabah, meredah gunung untuk melihat kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu di Bandung Indonesia dan beberapa tempat lagi membuatkan kitorang rasa FRIM ni ok la...tak ler teruk sangat.. he.he..
Kali ni dapat sarapan, air kotak dan air mineral  percuma. Terima kasih pada yang menaja.  (Krul, Ajam, Ecah, Jana dan YS Photo)
Antara yang hadir.....
Ajam 
 Ajun 
Ard (LittleStars) 
 Bob 
Cak Cicadalogy 
Che Wan 
Eayda (LittleStars) @ shiela rusli...he..he..
Ecah 
FarEast 
Halim (AppleShotz) 
Ismarizal
Jana 
Jeme (NurulAzman) 
Krull & Watie
Mamat & Yar-t
Meor 
 Paparock 
Rashidee 
Shaari Wihmo 
Shahlan 
Tazmirul 
Wannsscfs
Yatie  
Malay Tea House
Cik Ecah yang baik hati belanja eskrem... tokey eskrem senyum sampai ke telinga.....
(dengar citer ecah sampai kengkang2 turun dari Rover Track..sian ecah...sori ye ecah....)
akak  ler punya idea tu......... sori ek....  :-D 
mak cik ni tak puas hati.... 
aku balik awal sebab ada hal... apa2 pun terima kasih pada penganjur dan semua member2 FP ...  ;-)  ;-) 
p/s :  Krull terima kasih kerana sudi menumpangkan kereta dari Malay Tea House ke Kolam Arapaima tu ye... Jasamu ku kenang.....   :-D </description>
DUSUN APAK.....
<description>Bulan Mei  yang lalu  aku  pulang ke kampung.  Sudah berbulan kampung halaman tidak ku jenguk.  Kali terakhir aku pulang ke kampung ketika menyambut Syawal tahun lalu.  Emmm.. terlalu lama tidak menjenguk Apak... terlalu tebal rindu ini pada Apak.   Terbayang-bayang wajah Apak yang dimamah usia.  Wajah yang penuh kasih-sayang.  Aku terlalu merindui Apak.  Sepanjang perjalanan ke kampung fikiranku melayang-layang mengingatkan masa lampau.  Teringat segala kenangan indah bersama Apak.   
Jam menunjukkan pukul 5.45petang.  Perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu terasa seakan-akan  terlalu lama, jiwaku meronta-ronta kesan rindu yang membara terhadap Apak.  Dari jauh, dicelah-celah pepohon getah tua itu kelihatan bumbung rumah Apak.. hatiku melonjak keriangan...
tidak sabar rasa hatiku untuk memeluk dan mengucup tangan Apak.   Bumbung rumah Apak yang dulunya hanya beratapkan nipah telah aku gantikan dengan genting agar hujan tidak membasahi tilam Apak ketika musim tengkujuh.  
Sesampainya di pintu, aku lihat basikal tua Apak menghiasi halaman. 
Basikal yang banyak berjasa kepada aku dan juga Apak.  Basikal itu jugalah yang Apak gunakan untuk menghantar dan menjemputku dari sekolah.   Namun sejak aku menghadiahkan Apak sebuah motosikal 10 tahun lalu, basikal itu cuma tinggal sebagai sebahagian memori indah antara aku dan Apak.
Ku cari-cari keliling rumah namun tidak kelihatan kelibat Apak.  Hanya sepi yang menyambut ketibaanku.  Mungkin Apak ke dusun menjenguk buah-buahan yang mula berputik.  Ya, sepanjang perjalanan tadi kulihat pepohon rambutan, manggis dan  pulasan mula berputik.  Hatiku kuat mengatakan bahawa Apak pasti berada di sana.  Kakiku laju melangkah menuju dusun Apak .  Dari jauh kelihatan  putik  mata kucing meretis dihujung dahan.
Pulasan yang tumbuh merendang turut mengeluarkan hasil. 
Rambutan ....
Ciku...
Nenas....
Terlalu banyak hasil tahun ini.  Aku kagum melihat hasil keringat Apak ini.  Walaupun sudah dimamah usia namun Apak masih kuat untuk mengerjakan dusunnya sambil dibantu oleh Kaseem dan Tajool.  Warga Bangladesh yang  telah 3 tahun berkhidmat dengan Apak.  Pembantu yang setia dan rajin. 
Kelihatan Tajool dan Kaseem sibuk membungkus putik-putik jambu agar tidak dimakan ulat.   Sengaja aku tidak menegur agar tidak mengganggu konsentrasi mereka dalam menjalankan tugas.   Ku teruskan perjalanan dalam mencari kelibat Apak.   Aku melalui pula deretan pohon nangka yang rendang. 
Kelihatan buah-buah nangka telah siap dibalut menunggu tua.   Ah... kedondong juga nampaknya lebat berbuah.  
Pokok  delima sebatang ini juga mengeluarkan hasil....
Menunjukkan betapa suburnya bumi Malaysia tanah tumpah darahku ini.  Walau dimana benih dicampak pasti menjadi..... ..
aku dah tak tau apa nak sambung lagi.. korang sambung je la cerita ni ye.... ni sebenarnya kat Taman Warisan Pertanian, Putrajaya... saja je aku buat cerita ni supaya korang semua tak sabar-sabar nak balik kampung sebab sekarang ni musim buah.  Buat yang jauh diperantauan tu macam  http://kay--e.fotopages.com(ita), http://nhmieza.fotopages.com(niza), http://thuraya.fotopages.com(yati) (satu lagi yati kat Jepun ... ummi Irah)  http://mariha.fotopages.com(kak Masriyah), http://hafiizh.fotopages.com(mama sakura) , http://jurahim.fotopages.com(Jue) ... emm... bawak-bawak bersabar ya.....  :-> 
Satu Hari Perjalanan ke Cameron Highland...
<description>Hari Sabtu lepas aku gi jenguk apartment abang ipar aku kat Cameron Highland.  Apartment tu untuk disewakan kepada sesiapa yang berminat untuk merasai nikmat sejuk di Cameron Highland...he..he...  Ok... kepada sesiapa yang berminat  bolehlah hubungi En. Naimat Sukri  - 019-231 9330  .  Apartment ni ada 4 buah. Tingkat 1 - 4, setiap tingkat ada sebuah.  Kelengkapan yang ada...
1.  TV/ Astro
2. 3 buah bilik.  
3. Dapur 
  - cerek
  - rice cooker
  - cawan/pinggan/mangkuk/sudu/pisau
  - periuk
  - kuali
Aptment ni hanya disewakan kepada muslim sahaja... jadi jangan ler korang ragu2 nak guna peralatan memasak tu.   Sesuai untuk keluarga yang ramai, yang rajin memasak atau menikmati keenakkan sup sayuran segar  dimakan diwaktu sejuk emm.... sedapnya.......  abih cikai pun makan strawberry cicah coklat waktu sejuk-sejuk... emm... teringat lak kat si Siti tu... apa la cerita dia sekarang ni ye... he..he...
Sewa hanya RM250  semalam. 
Royal Lily Apartment ni terletak di Tanah Rata dan berlatarbelakangkan Heritage Hotel.
Di bawahnya terdapat kedai runcit, dobi, kedai cenderamata dan lain2..
Pemandangan dari tingkap ruang tamu.
Pemandangan dari dapur.
Setelah dibincangkan dengan pemiliknya... pengunjung FP saya akan diberikan diskaun jadi sewa semalam untuk pengunjung FP saya adalah RM235.00.  Sila beritahu yang anda dapat diskaun dari Yatie's Fotopages. 
Satu hari perjalanan...ktorang tak bermalam pun... terus balik KL...  :-)  :-) 
Ktorang sampai lebih kurang pukul 10.00am jadi bersarapan di Auntie Rozie's Kopitiam kat Brincang...
Sorry ler Aimi http://kamalina3773.fotopages.com(kamalina) gambar kat auntie rozie ni tak banyak la.. sebab kat dalam tu sejuk ktorang lebih teruja untuk menikmati makanan...  :P  :P .  Lagisatu orang kat belakang ktorang tu ramai segan nak shoot.  he..he...
sambungan entry Kijal yang tergendala.... 
<description>Memandangkan tak ada yang baru setakat ni... (minyak naik oo....kenalah bataskan perjalanan anda...he...he... )  kita layan gambar yang tak pernah diupload sebelum ini... Ni gambar masa 1st May aritu... 
Sebabkan Pantai Timur, selalunya kita layan sunrise..... pemandangan dari bilik..
Mira pulak ingat putik kelapa  ni kacang... 
akhirnya kacang  tu  jadi basketball..he..he...
Suasana malam dari atas....
Main lobby ....... 
Jetty Star Cruise yang terbengkalai.... rasa macam tak pernah guna je...
Makanan popular di Terengganu....satar... 
Dekat dengan Awana Kijal ni ada deretan gerai jual lemang dan satar.  Kalau pergi pukul 6.00 petang memang tak merasa la....he..he.. Kalau nak, kena pergi awal. 
Taman Rekreasi Paya Bakau Tinggi, Cukai, Kemaman.   Dirasmikan tahun 1999 tapi la ni dah tak berjaga lagi dah.... nampak sunyi je... ada sarang labah2 besar pulak tu... ngeri..
seperti biasa, ramai yang mandi berhampiran papan tanda larangan mandi.
Budak kecik ni aku tak kenal.  Umur lebih kurang 3 - 4 tahun.  Bila dia tengok aku pegang kamera dia datang dekat.  Bahaya tu... lepas ni penculik dah tak payah pakai gula2 kalau nak kidnap budak.  Bawak je kamera ...  LOL  LOL .  
Budak ni ada rupa Suliza Salam....  :-D 
Happy Birthday Tia & Mia
<description>Hari ni pergi shoot kat Monterez Golf & Country Club, Shah Alam untuk majlis Hari Lahir Mia & Tia, kembar kepada pasangan En. Azam dan http://azu1967.fotopages.com(Pn. Zuraidah)  (rujuk entry sebelum ini).  Walaupun sepanjang perjalanan ke sana ditemani mendung dan hujan tapi sesampai di sana hujan dah mula berhenti.  Mungkin Mama Tia/Mia  dah baling sepentot Tia/Mia kat atas club house kot. (Kalau orang kawinkan selalunya pengantin punya yang jadi mangsa). :-D  :-D 
Majlis tertangguh sebab ramai yang masih belum sampai walaupun dah melewati jam 11. (Majlis dijangka bermula jam 11).  Di sana sempatlah berkenalan dengan http://uwokkampung.fotopages.com(Kak Zaiton) kakak kepada Cik Zuraidah.   Peramah rupanya kak Zaiton ni.  Kebetulan rumahnya dekat pulak dengan rumah aku.  Emm...nanti raya saya datang ye kak..  ;-)  ;-) .  
Sebenarnya ambik gambar baby ni teramat ler payahnya.  Kalau ambik gambar pengantin senang nak suruh pose.  Kalau pengantin, kita suh sengih, dia sengih.  Kita suh dia duduk, dia duduk.  Suh berdiri, dia berdiri.  Suh gelak, dia gelak.  Tapi kalau baby ni... nak suh dia gelak, kita yang menangis dibuatnya. :-D  :-D 
Sila abaikan sikat dipoket mamanya  tu ye.. he..he..
http://kay--e.fotopages.com(Ita) mesti suka tengok Tia/Mia pakai baju yang diterbangkan khas dari Manchester ni.
Gambar tak berapa sharp sebab dalam changing room ni gelap dan aku lupa nak increase ISO.
Tia
Bersama ahli keluarga yang lain.
Sekarang ni hampir jam 11pm.  Dah ngantuk dah ni.  Banyak sangat aktiviti hari ni sampai rumah lepas maghrib jadi hanya ni je la yang sempat diupload. 
* http://youtube.com/watch?v=3ZmQQGwxoyA
Hadiah Penawar Duka...
<description>3 hari kebelakangan ni memang sibuk.  Sejak kereta kena pecah tu macam-macam yang aku kena buat.  Sehari selepas kejadian, aku pergi ke Toyota untuk memasang cermin yang baru.  Tunggu punya tunggu pukul 12.30pm baru amoi tu call suruh hantar kereta pukul 2.00pm utk pasang.  Sampai kat Toyota Balakong tu orang punya la ramai... eiii tah pukul berapa lak siapnya.  Nasib baik la tempat menunggu dia best, aku dengan anak sedara aku tunggu kat atas.  Kat bahagian atas ni memang tak de orang sebab ada TV besar tapi boleh guna VCD je.  Kalau kat bawah ada astro.  VCD yang ada pun cuma citer spiderman.  Emm..... spiderman pun spiderman la...  tak sampai 15 minit layan  tetiba stop.  La... VCD rosak rupanya.  Patut ler tak de orang kat atas ni.   Next time datang ingat nak bawak VCD sendiri la...he..he..  .  Tapi aku lepak gak kat atas ni sebab dinding dia kaca so boleh nampak ler orang 'mengerjakan' kereta kat bawah tu.  :-D  :-D  .  Dekat pukul 4.45 baru siap kereta tu.  Lepas tu aku pergi sekolah ambil report card Zhariff dan ada beberapa urusan lagi.  Lepas  maghrib husband aku balik dan bawak bungkusan, dia kata boss dia bagi.  Terkejut gak..   rupa2nya aku ada minta resipi pada http://azu1967.fotopages.com(azu) tak sangka pula rupa-rupanya................
Sebenarnya aku cuma minta resipi je tapi dah rezekikan nak buat cemana ...dapat dengan bahan2nya sekali.  :P  :P 
Kalau korang perasan resipi ni tak de sukatan so aku main belasah je masak.
Ini bahan2 yang lain.
Gambar yang dah siap masak tak de pasal bila dah masak tak teringat nak ambil gambar.  Sayangnya susunan lasagne tu tak betul membuatkan ada sebahagian yang tak cukup lembut.  :-S  :-S 
http://azu1967.fotopages.com(Cik Zuraidah) bersama kembarnya Tia/Mia yang cute
 :P  :P  
Apa2 pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat Cik Zuraidah ni sebab sudi bagi resipi dan bahannya sekali :-D  :-D </description>
Cerita sedih............
<description>Tengahari 23 Jun......2008 lepas hantar Zhariff  dan ambil Mira dari sekolah, aku pergi Jusco Cheras Selatan sebab Mira nak makan pizza.   Kebetulan aku pun nak pergi body shop beli barang sikit.  Aku pergi dengan Mira dan ami anak sedara aku.  Tak sampai 15 minit kat dalam tu (tak sempat pun makan lagi) tetiba  ada announcement suh plet no... WPC.... dan xxxx  utk pergi check keta.  Memula tu aku dengar eh...macam plet no. keta aku... sekali tu dia announce kali kedua...eh..memang keta aku la...  .   Mula2 aku ingat keta aku alarm berbunyi ke apa ke.. tapi bila sampai kat keta... tapi aku perasan keta sebelah aku BMW tingkap dah pecah sekali  aku pusing kat sebelah..... tu dia keta aku pun menerima nasib yang sama.   :-(  :-( .   Masa tu aku pelik sesangat setau aku tak de apa yang berharga dalam keta tu.  Sekali tu tengok beg sekolah anak aku dah hilang.   Mungkin dia ingat ada laptop dalam beg tu kot.   Kakak yang bawak BMW tu pun beg sekolah anak gak yang hilang.  Tak pasal2 je sebab beg sekolah, tingkap kereta pecah.  Moralnya jangan letak apa2 beg pun dalam keta.  
Lepas tu security guard Jusco tu suh kitorang buat report dan bawa kereta ke loading bay untuk di vacuum.   Kemudian buat report di balai polis Bandar Tun Hussein Onn, pastu kena rujuk ke IPD Kajang, sok aku kena ambik report tu kat Balai Polis Bt. 9 pulak.  Kalau aku tau cermin tingkap keta tu harga dia cuma RM40.70 + kos pemasangan RM80.00 = RM120.70  je aku tak de la buat report yang makan masa 2 hari tu.  Dah la kat Balai Polis Tun Hussein On tu aku kena tunggu dekat 2 jam.  Pas tu dia suh balik pulak pasal computer down then call balik suh ambik report tu pas tu  pergi Kajang dan esok ambik pulak di Bt. 9.  Isy..isy...tensen mak cik!!   Jadi layan je la gambar keta aku ni.... guna camera hp je gambar tak mengancam... cuma aku nak ingatkan walau kat mana korang berada jangan letak sebarang beg kat seat sebaiknya letak dalam boot. 
Tapi jangan letak laptop pasal pencuri laptop yang pro  ada alat utk kesan laptop dalam boot kata polis tu la.  
Sebagai satu peringatan, Dzulkifli, pereka & pencipta Malaysia menyarankan supaya laptop/notebook yang mahu di’tinggalkan di’dalam kereta di’tutup dengan penutup periuk yang di’perbuat dari stainless steel. Ini untuk menghalang gelombang yang di’pancarkan dari laptop/notebook itu dari di’kesan alat yang di’gunakan pencuri - dipetik dari infomalaya.com 
wa...beg dah ilang...yeah.... tak yah gi sekolah lagi dah!!!  
Sekolah agama pun tak pergi jugak arini...
bawak keta kat belakang untuk dibersihkan.....
pekerja2 Jusco sedang melakukan kerja2 pembersihan atas arahan pak guard he...he...
Yeah....esok aku cuti nak uruskan tingkap keta pulak... :-D  :-D </description>
Discovery Channel Versi Noghoghi 
<description>Aku tak tau ler sapa yang pandai2 gi tukar suara mat salleh ni tapi memang kelakar dan aku nak share ngan korang suma....tengok sampai abih tau.  LOL  LOL 
* http://www.youtube.com/watch?v=n2w0otQ6HBU 
http://www.youtube.com/watch?v=n2w0otQ6HBU
sesiapa yang tak boleh bukak cuba link kat atas ni...</description>
Selamat Pengantin Baru Lina & Lihan
Hari Sabtu 14hb Jun 2008, Bro Meor ajak aku pi Wedding Photoshoot di Dewan Ahmad Jantan, Ampang.  Kebetulan aku pun tak de buat apa2 so malam 14 tu lepas Maghrib aku bertolak ke sana.  Malam minggu kereta pun banyak memenuhi jalanraya walaupun semua dok bising minyak naik.  Oleh itu kitorang sampai lebih kurang 8 lebih. Sampai di sana  http://meorjay.fotopages.com(Bro. Meor ) dan http://jana-fiq.fotopages.com(Bro. Jana)  dah menunggu.  Tak banyak gambar yang aku tepek kat sini sebab banyak lagi gambar yang menanti giliran. he..he..
Gambar ni tak berapa sharp tapi aku suka sebab pengantin pompuan tu nampak cantik. he..he..
Kita layan gambar awek   nama Nana ni.. .  Sebenarnya sementara menunggu pengantin salin baju aku ternampak budak ni jadi aku cadangkan dia jadi model kitorang jap.  Teramat ler sesuainya budak ni... bak kata orang dulu2 makan gambar he...he...(photogenic la....).  Aku rasa budak ni masih bersekolah lagi... dan ini mengingatkan aku pada satu cerita..........
Dulu ada budak sekolah aku, memang cun, rambut perang ori dan mata coklat  walaupun anak melayu jati.    Sekolah kitorang semua pompuan, jadi peminat dia terdiri dari budak2 lelaki dari sekolah berhampiran.   Hampir kesemua pelajar sekolah yang ada kat pekan tempat aku tu, kenal dia.  Orang cantik la katakan mestilah ramai peminat.  Masa tu semua la berangan nak jadi cam dia.   Cantik dan famous. Tamat form 3 aku pindah sekolah jadi aku cuma dengar cerita, masa form 4 dia dah dipinang orang.  Kalau tak silap tua 10 tahun ke 12 tahun cam tu la... .  Jadi masa form 5 tengah sibuk kitorang nak SPM dia sarat menunggu masa nak bersalin.   Lepas tu aku tak dengar apa2 cerita lagi.  10 tahun lepas tu aku dengar cerita dia dah berpisah, anak 4 orang tapi masih cantik.  12 tahun lepas tu aku dengar cerita dia ditahan dipenjara bawah akta dadah.  Dan terbaru 2 tahun lepas, dia ditahan di  penjara sekali lagi atas  Akta Senjata Api pulak.  Khabarnya dia bercinta dengan ketua gangster dan senjata tu milik mamat  tu.. Walahua'lam aku tak pasti... 
Yana tu anak Bro. Meor merangkap assistant photographer. :-D </description>
Family Trip Ke Pantai Sg. Karang, Kuantan.....
Percaya atau tidak, obor-obor (jellyfish) ini sebesar penutup tong sampah hitam (size L) yang biasa kita lihat.  
Jalan-jalan tepi pantai jumpa pulak orang menjala....
Ramai yang tanya pasal mak cik pakai kain tu... untuk makluman semua mak cik tu bukan player tapi manager da........... :-D  :-D
Ini team 5 sebelah. </description>